Pakej Video Kuliah Ibrah Surah al-Kahfi

Saban hari kita diasak dengan pelbagai isu yang seakan mencabar aqidah kita. Tidak cukup dengan ancaman dari luar, ada juga pihak-pihak dalam ummah yang menyemai kekeliruan. Bagaimana kita hendak menapis kekalutan ini dan maju ke hadapan?

Jawapannya adalah refleksi dan tadabbur ayat-ayat al-Quran terutamanya surah al-Kahfi. Tidak tahu bagaimana metode dan kaedahnya? Usah risau, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil akan memandu anda melalui video yang akan menerangkan langkah demi langkah, ayat demi ayat.



Pakej video ini fokus kepada kisah Ashab al-Kahfi yang menekankan pengurusan akidah.
Kisah ini membetulkan kepercayaan, serta cara untuk mempercayai sesuatu. Ia adalah sebuah kisah yang amat ringkas pada jalan penceritaan. Namun ia dinobat sebagai kisah paling utama Surah ini.

Ringkasnya cerita yang dianggap cerita terpenting, menyebabkan sebahagian kita cuba untuk meluaskan penceritaan dengan mencedok penjelasan di luar al-Quran dan al-Sunnah. Akan tetapi, jika kita komited dengan kaedah al-Quran membentangkan sejarah, yakni kisah-kisah umat terdahulu, kita akan menyingkap 1001 rahsia di sebalik kehalusan Allah Subhanahu wa Ta’aala memilih perkataan di dalam bait-bait wahyu Al-Quran.

Topik-topik yang akan difokuskan ialah :
  • Menegur peminat dan pembangga kisah pelik
  • Membetulkan tanggapan terhadap anak muda
  • Menghuraikan keunikan Rahmat Allah yang diminta Ashaab al-Kahfi
  • Kerjasama tentera-tentera Allah yang tersirat untuk menyokong pemuda itu
  • Keunikan umat Tauhid yang mempunyai sistem hitungan kalendar pada sebutan 300 tahun tambah 9
  • Sikap orang awam dan ahli bid’ah pada membina masjid di atas kubur Ashaab al-Kahfi
  • Ia memfokuskan kepada persediaan menghadapi fitnah Aqidah yang menjadi senjata berbahaya Dajjal menyesatkan umat.

Keunikan Pakej Video Kuliah Ibrah Surah al-Kahfi

Penyampaian kandungan secara berstruktur dan dipecahkan mengikut subtopik-subtopik kecil bagi memudahkan pembelajaran anda. Anda boleh memilih untuk menonton subtopik tertentu mengikut kegemaran anda. Ini juga memudahkan anda untuk mengulangkaji point-point penting.

Cara penyampaian yang fokus kepada isi dan ibrah, serta tidak meleret-leret, supaya anda dapat menyerap point-point penting. Kata-kata kunci penting akan dihighlight dalam bentuk teks sepanjang penyampaian berlangsung, dan diselang seli dengan slide powerpoint berkaitan.

Metodologi penyampaian :

  • Kekal di dalam suasana pendekatan Al-Quran
  • Tidak menerima sebarang penerangan atau perincian daripada Israiliyyat dan sumber-sumber lain selain Al-Quran dan Al-Hadith yang sahih
  • Memerhatikan keluasan mesej daripada kisah : menghubungkan yang silam dengan konteks semasa
  • Fokus kepada teladan iman, dakwah, jihad, pendidikan dan pandangan kehidupan
Sumber rujukan utama :
  • Min Kunuuz al-Qur’aan karangan Sheikh Solah Abd al-Fattah al-Khalidi
  • Faith vs Materialism karangan Sayyid Abu al-Hasan Ali al-Nadawi
  • Tafseer fee Dhilaal al-Qur’an karangan al-Syaheed Sayyid Qutb
Apa Kandungan Pakej Video Ini?

Siri 13 video HD yang dipecahkan mengikut subtopik
  1. Pengenalan
  2. Latar Belakang Surah
  3. Sinopsis Kisah
  4. Nilai Pemuda
  5. Tiga Peringkat Perubahan
  6. Tatkala Mereka Bangkit
  7. Uzlah 
  8. Rahmat
  9. Limpahan Rahmat
  10. Kebangkitan
  11. Kesudahan Kisah
  12. Kesimpulan Allah
  13. Konklusi Ibrah
BONUS: Siri 13 audio MP3 yang boleh anda pasang dalam smartphone, tablet dan kereta.

Mahu Preview? Tonton Episod Pertama Dalam Pakej Video Ini



Bagaimana Mendapatkannya?

Wednesday, July 2, 2014 Leave a comment

Powered by Blogger.